13 May, 2013

Ucapan Selamat Pada 13 Mei..!



Pada tarikh yang penuh bersejarah ini, penulis ingin mengucapkan ‘Selamat’ kepada semua rakyat Malaysia.   Selamatlah kita atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran setelah 13 Mei 1969 jauh meninggalkan kita.   

Kita bertuah kerana masih selamat hari ini walaupun begitu banyak cubaan dan asakan untuk menghuru-harakan negara.   Bukan kita tidak tahu bahawa bantahan terhadap keputusan PRU-13 hanyalah alasan yang sengaja dicari bagi menggerakkan anarki.   

Dan kita merasa kasihan kepada anak-anak muda yang menyertai himpunan bantahan tersebut tanpa mengetahui niat sebenar dan strategi licik pemimpin mereka menjadikan mereka umpan.  Namun, atas kecekapan dan kebijaksanaan kepimpinan dan pihak keselamatan negara, Alhamdulillah, penulis masih dapat mengucapkan ‘selamat’ kepada semua termasuk peserta himpunan yang sering mencemuh kepimpinan dan pihak keselamatan negara itu. 

Dalam peristiwa 13 Mei 1969, huru-hara bermula apabila pihak pembangkang Cina menganggap kemenangan 25 kerusi di pihak mereka, berbanding Perikatan 66 kerusi, sebagai satu kemenangan di pihak mereka.   Keadaan ini hampir menyamai apa yang berlaku hari ini iaitu BN menang 133 dan pembangkang menang 89 kerusi tetapi pembangkang menganggap yang mereka telah menang. 

Jika pada tahun 1969 mereka berarak meraikan ‘kemenangan’ itu, pada tahun ini pula mereka berhimpun untuk menyatakan ‘kemenangan’ mereka. Bukan satu kebetulan jika dilihat dalam kedua-dua insiden, kita menyaksikan pembangkang diwakili majoriti Cina.

Jelas, bahawa kaum Cina sejak 1969 sehinggalah ke hari ini, membawa semangat dan sikap yang sama serta tidak pernah berubah. 

Nampaknya, 13 Mei 1969 tidak memberi apa-apa pengajaran kepada mereka selain menghimpunkan dendam kesumat yang terus membara.  Azam dan tekad mereka untuk menafikan kedudukan Melayu, serta merampas negara ini tidak pernah padam.   Keinginan untuk bersatu dan berbaik sangka sesama kaum lain, langsung tidak wujud dalam hati nurani mereka.  Yang mereka tahu adalah keuntungan maksima di pihak mereka. 

Orang Melayu, termasuk kerajaan tidak boleh terus menerus menafikan hakikat ini bagi pihak kaum Cina, semata-mata untuk menjaga hati mereka.   Orang Melayu dan juga kepimpinan Melayu tidak boleh bersikap ‘defensive’ setiap masa apabila berhadapan dengan asakan mereka. 

Melihat dari apa yang terjadi, wajarlah jika kita berhenti sejenak dan mengkaji langkah seterusnya dengan lebih mendalam.  

Adalah penting bagi seorang pemimpin untuk terlebih dahulu memahami siapa dan apa yang dipimpinnya. 

Hakikatnya, kaum Cina adalah kaum yang pentingkan diri, amat berkeyakinan serta mempunyai semangat dan jatidiri yang teguh.    Justeru, mereka memerlukan kepimpinan yang jauh lebih tegas dan berani.  Kerana itu Maharaja Cina malah Lee Kwan Yew sendiri membawa perwatakan tegas dan tidak bertolak ansur kerana hanya itu saja caranya untuk memerintah kaum Cina.  Jika tidak, pasti akan dipermainkan oleh pengikut mereka. 

Mengharapkan kaum Cina memahami erti ‘tolak ansur’ dan mengamalkannya adalah sesuatu yang mustahil kerana ia tiada dalam kamus hidup mereka.  Mereka akan tetap bertanya, ‘apa saya dapat dari tolak ansur itu?’.   Jika jawapannya hanyalah keamanan dan tidak berbentuk material, maka ia tidak memadai bagi mereka. 

Benar, bukan semua Cina begitu secara individu, tetapi mereka berpegang kepada sikap ini sebagai satu kaum secara bersepadu.   Sikap inilah yang mengekalkan Cina sebagai sebuah empayar sejak 2000 tahun dahulu - tidak lupus dan tidak mengecil sepertimana empayar-empayar yang lain dalam sejarah ketamadunan manusia. 

Memahami psikologi berbagai kaum di Malaysia adalah satu langkah penting dalam menuju pembaharuan dalam pemerintahan.   Konsep 1Malaysia tidak akan berjaya tanpa penyertaan kaum Cina.  Namun, penyertaan yang bersifat ‘pentingkan diri’ oleh pihak kaum itu juga tidak akan membawa apa-apa makna. 

Justeru, untuk memastikan keadaan kekal aman dan 13 Mei tidak berulang hanya kerana kaum Cina ingin berkuasa sepenuhnya dan merobek serta menghancurkan struktur negara ini, kepimpinan wajib mengambil pendekatan yang sama dengan Lee Kwan Yew mahupun Maharaja Cina dahulu.  Kajilah cara mereka dan gunakan pengetahuan itu untuk mengawal dan memimpin kaum Cina agar mampu berjalan seiring dengan aspirasi negara.   Tiada salahnya untuk belajar sejarah, walaupun dari musuh sendiri kerana sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu, dan sejarah juga adalah guru yang terbaik.



12 May, 2013

GERAKAN TERANCANG DAP MEMBUNUH MELAYU ..!



Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH MELAYU dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH MELAYU ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan. 

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'. 

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.



BETUL KE ADA VIDEO SEKS POLITIK DI SINI ?



Dulu sikit-sikit Husam, pandang kanan Husam, toleh kiri Husam juga yang dicarinya. Pantang celik mata otak keliru tak tahu cara penyelesaian maka Husamlah yang menjadi rujukan Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun sekian lama yang menjadi Menteri Besar Kelantan adalah dirinya.

Demikianlah betapa bernilainya Husam Musa di mata Nik Aziz sehingga digelarnya sebagai budak cerdik dan pintar sehingga akhirnya tiada siapa pun di kalangan pemimpin PAs berani menjentik kesilapan Husam walau sekelumit pun.

Tapi sekarang, serentak dengan perletakan jawatan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dibawanya bersama Husam apabila MB yang baru, Ahmad Yaakob enggan mempertahankan kedudukan Husam sebagai Exco Kanan dengan alasan gagal mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Malang betul nasib Husam, sudahlah tewas teruk dalam PRU-13 baru-baru ini di Parlimen Putrajaya ditambah pula tak dapat menjadi MB dan hilang pula jawatan Exco Kanan, satu demi satu bahana menimpa bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Husam yang menyedari jalan politiknya kian berliku nampaknya sukar menerima keadaan ini, mungkin disebabkan itulah dikerahkan ahli PAS DUN Salor untuk bangkit memprotes secara terbuka terhadap MB Kelantan yang baru dengan harapan manalah tahu kot mendapat perhatian ahli PAS yang lain.

Tapi sekali lagi malang menimpa Husam, hanya beberapa kerat saja yang sanggup berkumpul tanda menyokongnya menjadikan himpunan bantahan itu bagai mencurah air ke daun keladi tak meninggalkan sebarang kesan yang signifikan.

Akhirnya kelak, jika keadaan ini berterusan, silap gaya Husam akan terkontang kanting keseorangan sampailah pemilihan P+AS yang akan datang dan bakal ditendang pula dari jawatan Naib Presiden parti.



jangan marah yer...